Sunday, July 26, 2009

Hikayat Satria Bertiga done by Drakula@Hunter

BABAK PERTAMA

Tersebutlah kisah, di sebuah negeri yang di beri nama Panau Sebagang, terdapat tiga adik beradik yang baik rupa paras serta baik tingkah lakunya. Hidup mereka serba sederhana. Ayah mereka, Abu Dalak, bekerja sebagai part time nelayan dan part time businessman di sebuah kedai runcit yang menjual emas dan intan berlian yang di impot khas dari Uganda. Emak mereka pula, Dayang Simpur, bekerja sambilan sebagai bidan kerajaan menyelamatkan kucing-kucing yang bakal melahirkan anak pertama mereka.

Gaji mereka tidaklah sebesar mana, cukup-cukuplah untuk menampung perbelanjaan hidup mereka yang seperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Walaubagaimanapun Abu Dalak dan Dayang Simpur mempuyai hobi mereka yang tersendiri. Mereka berdua amat gemar mencuci Mercedes 300 series dan BMW Zx mereka. Kasih sayang mereka terhadap kereta mereka itu seperti minyak di tatang tidak akan tumpah ke laut.

Abu Dalak dan Dayang Simpur mempunyai tiga orang anak lelaki. Mereka juga mempunyai ciri-ciri dan personaliti idealisma mereka yang cun melecun seperti kedua orang tua mereka. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye tak? Si abang yang di beri nama Along Buncit adalah yang sulung diantara semua. Beliau mempunyai rupa paras yang montel serta mata yang memikat, bisa memikat mana-mana janda tua yang memandangnya, hatta tapir sekalipun. Selain daripada kebuncitan perut beliau, dia juga amat gemar membersihkan dirinya, sebagai contoh mengorek hidung dan mencukur bulu kakinya yang kerinting itu.

Si Tengah pula di beri nama Angah Buyut. Beliau mempunyai personaliti yang amat berbeza daripada yang lain. Beliau amat pemarah orangnya dan tidak suka di usik. Kegemaran beliau adalah mengigit kuku dan mencabut bulu ketiak kambing peliharaan adiknya. Selain dari ada itu juga, beliau amat berbakat dalam permainan carah tapuk dan main kawin-kawin. Kegemaran beliau amat unik di mana beliau amat suka mengira jerawat yang berada di punggung Along Buncit dan panau di belakang Abu Dalak. Bila dia sudah habis mengira dia akan terus melompat bagai kera busuk terkena belacan Thailand. Ntah kenapa peel seorang ni pelik sangat.

Si adik pula amat pendiam orangnya. Dia amat suci berbanding dengan abang-abangnya yang lain. Dia amat fobia kepada perempuan. Ini kerana sewaktu beliau berumur 2 tahun, beliau nyaris-nyaris di rogol oleh seorang perempuan tua yang amat seksi lagi mengiurkan. Cuma jerawat batunya yang penuh di muka itula menakutkan si adik ini. Dia di kenali sebagai Amit Boroi. Kegemaran beliau amat berlainan daripada abang-abangnya yang lain. Beliau lebih suka meluangkan masa bermain masak-masak seorang diri sambil ketawa terbahak-bahak seperti orang terkena penyakit gila babi. Namun itulah keunikan Amit Boroi yang tiada di punyai oleh orang lain di alam semesta ini. Selain daripada itu juga beliau amat menghargai masa tidurnya. Pernah suatu ketika beliau berjaya memecah rekod tidur 14 hari berturut-turut tanpa makan dan minum. Bravo!

(to be continued...)

No comments: