Sunday, September 21, 2008

Syukur

Tidak pernah ku duga hujan badai akan datang
Hadirnya di kala ku cuba mengapai seribu bintang
Tersungkur aku lemah tika diri ini kecundang
Dunia kurasakan telah sampai ke penghujung

Aku alpa seketika
Membiarkan diri ini terus sengsara
Mengenang semua kesalahan lama
Yang membuatkan aku terus kecewa

Segala impianku hancur berkecai!
Semua yang ku harapkan musnah berderai!
Aku tidak mungkin kembali lagi
Mengulang semula saat kegemilanganku ini

Namun tidak ku sangka
Disebalik semua ini tersimpan seribu hikmah
Yang menjadikan diriku begitu sabar dan tabah
Yang memberikan aku sifat kecekalan yang tiada noktah

Aku bersyukur dan redha
Bahawa semua ini merupakan ujian daripadaNya
Yang ingin melihat sejauh mana imanku terhadapNya
Yang ingin mendengar rintihan hatiku tika bersamaNya

Aku menangis semahunya
Kesal kerana membelakangi Tuhan yang esa selama ini
Ampuni lah kesalahanku Ya Allah
Betapa hinanya hambamu yang kerdil ini...

No comments: